Sunday, December 20, 2009
Dia Tak Memahami Aku!!!

dia tak memahami aku kerna katanya

aku semakin menjauhinya

dia tak memahami aku kerna katanya

aku lupa siapa diriku

dia tak memahami aku kerna katanya

aku tak seperti dulu

dia tak memahami aku kerna katanya

aku melangkaui diriku sendiri

dia tak memahami aku kerna katanya

aku semakin sombong dengannya

dia tak memahami aku kerna katanya

aku semakin begitu dan begini dengannya

tapi sepatutnya dia tahu bahawa

aku bukan semakin menjauhinya

aku bukan lupa siapa diriku

aku bukan tak seperti dulu

aku bukan melangkaui diriku sendiri

aku bukan semakin sombong dengannya

tapi kerana aku seorang wanita yang ingin berhijrah dan

dia sepatutnya wajib memahamiku

kerna dia seorang yang amat penting bagi aku!!!


Posted at 05:17 pm by nurare
Make a comment  

Monday, February 11, 2008
aku msih di cni..huhu

hahah..aku skang kat kl..ponteng keje..huhu
xde ar, sbnarnye sok de intrvw kat cimb
sape2 yg bace nih tolong doa2kan aku berjaye interview nih ek..
bgus shbat2 ku..heheh
kan doakan kebaikan utk org lain tu sesuatu yg mendtgkan pahala..
betui x?
k lah sje je drop by mse x busy nih..
ct, jgan marah ek..aku nyer story tgah prosess memsukkannye kat dlm my satu lg blog..ble dah siapedit bru aku bg the address ek..hahaha..gelak jhat ala m.rajoli
daaaaaa....


Posted at 12:34 am by nurare
Make a comment  

Wednesday, January 09, 2008
hargailah org keliling kite..

Kisah rumput & Orang yang disayangi

kisah ni saje nak share ngan korang sume n xpecially org yg aku syg sgt2..

 

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

 

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

 

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

 

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

 

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

 

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

 

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

 

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

 

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

 


Posted at 10:04 pm by nurare
Make a comment  

ingatlah sahabat2 ku...

semoga berguna untuk kita semua OK. ^_^

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh:
Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..

Dzuhur:
Tidak diberikan berkat dalam rezekinya..

Asar:
Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan..

Maghrib:
Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isya':
Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya..


Posted at 09:53 pm by nurare
Make a comment  

Friday, December 28, 2007
permulaan pertama

Doa untuk Kekasih

Ya Allah....

Seandainya telah engkau catatkan...

Dia milikku, tercipta buatku...

Satukanlah hatinya dengan hatiku...

Titipkanlah kebahagian antara kami....

agar kemesraan itu abadi...

Dan ya Allah...

Ya tuhanku yang maha mengasihi...

Seiringkanlah kami melayari hidup ini...

Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi ya Allah...

Seandainya telah engkau takdirkan....

dia bukan miliku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah ia dari ingatanku...

Dan peliharalah aku dari kekecewaan....
Serta ya Allah

Ya tuhanku yang maha mengerti....

Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...

Hilang bersama senja nan merah..

agarku bisa bahagia...

Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta...

Gantillah yang telah hilang....

Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...

Walaupun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah ya tuhanku...

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...

Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...

Adalah yang terbaik buat ku....

kerana engkau maha mengetahui...

Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah...

Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...

Di dunia dan di akhirat...

Dengarlah rintihan dari hamba
Mu yang daif ini...

Jangan engkau biarkan aku sendirian...

Di dunia ini mahupun di akhirat...

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...

Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup...

Ke jalan yang Engkau redhai...

Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....
Amin..Ya Rabbal
A'lam
in


Posted at 02:23 am by nurare
Make a comment  

belajar menjadi dewasa ertinya...

emmm..blajar menjd dewasa mknenye aku kne belajar menerima kegagalan???...am i rite??
mgkin aku btul2 kne blajar menjd dewasa,
hri ni aku sdih sgt sbab aku dah ggal assessment yg aku pegi aritu..lbih frust bile kwan aku yg pgi sesame aku dpat.....aku sdih sgat...sungguh, rse mcm down sesgat..plzzzz i really2 berhrap i made it but.....
knape aku di uji camni???
am i dat bad???
or byak dosa2 yg aku buat??
am i dat bad???
ya Allah kau tlg hamba mu ini...
plzzz give me sdikit ruang utk blajar trima kenyataan...

'barangkali kamu membenci sesuatu pdahal ia amat baik bg kamu..dan barangkali jgak kamu menyukai sesuatu pdahal ia amat buruk bgmu:Allah mengetahui sdang kan kamu tdak mengetahuinya..."-al baqarah,216


Posted at 02:11 am by nurare
Comment (1)  

Saturday, December 22, 2007
sduntuk ttapan ct

ct..
aku blum bersdia lg nk bg ko tgok n rase pe yg aku buat..
ko tgu tau...

see ya!!!Shocked


Posted at 02:09 am by nurare
Make a comment  

di sini mulanya

aku bermula disini..

cube pkir blik pe yg aku nk..tnye kmahuan dri??
aku msih aku..


Posted at 01:56 am by nurare
Make a comment  






<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed